Breaking News

Minggu, 11 Juni 2017

Tempat Menarik di Bandar Medan

 TASIK GUNUNG BERAPI TERBESAR DI INDONESIA- DANAU TOBA
Indonesia merupakan daerah terkenal dengan gunung-gunung berapinya samada yang masih aktif, mahupun yang telah lama meninggalkan sejarah yang tidak boleh dilupakan kepada penghuninya sejah berzaman dahulu. Antara tinggalan yang paling meninggalkan kesan paling besar gunung berapi di Indonesia, adalah Gunung Berapi Toba.

Toba merupakan gunung berapi ‘supervolcano’, yang meletus kira-kira 75,000±900 tahun dahulu yang menghasilkan sebuah tasik terbesar di Sumatra.  Walaupun terdapat tasik-tasik lain yang dihasilkan daripada letusan gunung berapi seumpamanya iaitu Danau Maninjau dan Danau Singkarak, Danau Toba merupakan tasik terbesar yang boleh dilihat dengan jelas dari angkasa.

Namun begitu kejadian kawah terbesar ini dikatakan bukanlah berpunca daripada hanya sebuah gunung berapi namun sebaliknya daripada empat gunung berapi yang berlaku dalam beberapa tempoh yang berasingan dengan letusan pertama sekitar 78,8000±2,200 tahun dahulu. Namun begitu letusan Toba ini seperti juga letusan-letusan gunung berapi gergasi di Indonesia yang lain (seperti  Krakatoa dan Tambora) mampu menghasilkan letusan terkuat disepanjang tempoh 25 juta tahun yang lalu.
Danau Toba, merupakan satu lokasi lawatan yang penting penuh pelajaran dari segi geologi, arkeologi, budaya, ekonomi dan sebagainya bagi mereka yang peka. Sebagai antara lokasi yang terdekat dengan hub utama pengangkutan udara tambang murah terbaik dunia, AirAsia (Kuala Lumpur), Medan dan Danau Toba merupakan lokasi yang harus diberikan perhatian.
 













 















 SUMBER

Tidak ada komentar:

Posting Komentar

Designed By